Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 9, 2010

Fadhilat Al-Quran

Assalamualaikum...
Hikmat,rahsia dan khasiat surah dan ayat al-Quran al- karim


Bismillah (dengan nama allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan,dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran,dan daripada kematian terkejut dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


Surah alfatihah.
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk makhluk dan ditakuti oleh musuh.



Ayat al-kursi
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan dgn membacanya, seorang yg miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dr kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat al-kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yg tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dn Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah di hari kiamat dan tersebut dalam hadith yang lain
:barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh,dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambutnya.jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu,ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan
:barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,dan Allah sendiri yang mencabut rohnya,dan dia akan di bangkitkan bersama para mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.iman Jaafar Shadiq.r.a mengatakan
;barangsiapa membaca sekali,nescaya Allah akan menghindar daripada 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,dan 1,000 kesukaran ukhrawi,yang terkecil sekali ialah azab neraka


Surah Al-baqarah
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrusulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan bahaya.


Surah Ali-imran
Barangsiapa membaca tiga ayat pertama dari surah ini,nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


Surah An-nissa
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


Surah Al-maidah
Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut,insya allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


Surah Al-na’am
Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali,nescaya akan terhindar dari bala bencana.Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal,ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


Surah Al-a’raaf
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini,selepas tiap sembahyang fardhu,lalu beristigfar kepada Allah,nescaya akan terampun segala dosanya.Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini,ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


Surah Al-anfar
Barang siapa menbaca ayat 62 dan 63 dari surah ini,nescaya dia akan dicintai dan di hormati oleh sekalian manusia.


Surah Al-baraah (At-taubat)
Barang siapa membacanya,nescaya akan terselamat kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan,nescaya akan maju perniagaan itu.


Surah Yunus
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini,keatas perempuan yang hamil,nescaya ia malahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini,nescaya ia akan terhindar darimimpi-mimpi buruk dan mengigau.


Surah Al-hud
Barang siapa membaca,nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini,pada setiap masa,nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini,sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang,nescaya akan mencapai ketetapan hati.


Surah Yusuf
Barang siapa membacanya,akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemulian
kepadanya.Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang saipa mebacaayat 68 dari surah ini,nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.


Surah Ar-ra’d
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini,ia akan terselamat dari petir.Dan barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini,nescaya penyakit jantung akan sembuh.


Surah Al-iiij’r
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini,keatas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur,nescaya anak kandungannya itu akan terselamat,dari gugurnya.


Surah bani israil
Barang siapa membaca keatas air,lalu diberi minum kepada orang yang gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini,ketika ia pulang dari perjalanan,nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


Surah Al-Kahf
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jummat, nescaye dia akan mendapat rezeki
yang murah.


Sureah Maryam
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dalam dunia dan di akhirat.


Surah Taahaa
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala mqksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


Surah Al Anbiya
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi allah s.w.t .


Surah Al-Haj
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


Surah Al-mu’minun
Barang siapa membacanya keatas air,lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini,nescaya perahunya akan terselamat dari karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


Surah An-nuur
Barang siapa membacanya,nescaya ia akan terhindir dari mimpi-mimpi yang buruk.barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang asar,nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


Surah Al-furqan
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih,lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


Surah Asy-asy a’ra
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini,sebanyak 7 kali dengan bernafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


Surah An-naml
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


Surah Al-qa-shash
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya,nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini,nescaya otaknya akan cergas,akalnya akan sempurna dan budi pekerti akan halus.


Surah Al-ankabut
Barang siapa membacanya,nescaya demamnya akan sembuh.Barang siapa membacanya,nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


Surah Ar-rum
Barang siapa membacanya,nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


Surah Luqman
Barang siapa membacamya,nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini,nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


Surah As-saj dah
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini,ke atas kanak-kanak yang baru lahir,nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.


Surah Al-ahzab
Barang siapa membaca ayat 45 hingga 48 dari surah ini,nescaya ia akan mendapat kemulian dan kehormatan sejati.Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini,nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


Surah Saba’
Dengan membacanya,terselamatlah ia dari segala gala bala bencana,terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


Surah Faathir
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30,nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.


Surah Yaasiin
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda :”tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.”Yaasiin kerana Allah,nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik”dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :”hendaklah kamu membaca surah yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu. “dalam satu hadith yang lain pula baginda s.a.w bersabda
:”aku ingin benar,agar surah yasiin ini dilafaz oleh umat-umatku.”barang siapa yang membacanya sebanyak 41 kali,pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam jumaat,lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya,nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh tuhan.Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,nescaya akan maju perniagaannya itu.Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu,mesti ia mati syahid.barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.Jika dibacanya oleh seorang askar,ketika ia hendak turun kemedan peperangan,Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan,serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamalkan oleh anda sekalian..
Sekian....

* semua yang tertulis di atas adalah salinan drpd buku skrap yang ak jumpai di dalam longgokan kertas yg hendak dibuang... tiada sebarang ubahsuai (kalo ad pown mungkin tukang taip ni salah eja kot)...hehe
terima kasih kpd adek ak yg sukarela utk tolong ak taip benda ni dlm word..sbb ak malas, so ak suh dye, sbb ak kan abang.. hahahahaha
nway, slamat beramal..=) assalamualaikum...)*