Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 29, 2010

...............cerita.... (last part)

.......tetapi ,,,, Alhamdulillah, syukurr....seb bek ak tidak berniaga dipasar pg td..kalo x, mungkin ak juga akan mengalami nasib yang same dengan eton dan timah.... jg mangsa kebakaran.. Innalillah

secara tibe2, terdetik dalam hati mak cik melor perasaan serba salah...
.. perasaannya terbelah bahagi.. datangnya pula dengan rase keinsafan yang teramat sangat..
keinsafan yang perlu 'dibeli' oleh setiap insan yang bergelar muslim, yang bakal menentukan hala tuju ke arah tuhan yang kekal abadi.....

mungkin silapku... oleh sebab ak ini adalah hambaMu, ak diuji sebegini.... sebelom ini, ak sedar... tuhan tidak akan menguji hambaNya untuk perkara yang sia-sia... ... setiap ujian yang ditimpa keatas kita sebenarnya mempunyai hikmat... sama ad yang tersurat ataupon yang tersirat.... mungkin kalo bkn pada masanya, kita akan menyedarinya pada masa hadapan... insyaAllah..

.......tekanan perasaan, sedih dan pilu,perasaan sayang, kemarahan, sakit ati, gembira , cemburu, benci.. dan semua perasaan yang dirasai oleh insan yang bergelar manusia adalah ujian daripada zat yg kekal abadi... Tuhan tidak akan menguji kita dengan ujian yang amat membebankan... kerana tuhan itu adalah Ar-Rahman dan Ar-Rahim... Allah tahu, setiap ujian yang ditimpa keatas kita, sebenarnya kita mampu untuk menghadapinya.... kerana Tuhan amat menyayangi setiap hambanya..

Walaupun dengan linangan air mata, dibebani dengan rasa kekecewaan yang teramat sangat...., sesungguhnya itulah salah satu kesempurnaan yang perlu ada pada setiap manusia.... Ujian drpd Tuhan akan menjadi kita lebih dewasa dan akan semakin menghampiri kesempurnaan....insyaAllah.

terpulanglah bagaimana utk berhadapan dengan sesuatu ujian itu, parents dan kwn2 sentiasa ada di belakang.. membantu mengemudi hala tuju hidup kita..
.. ujian mental dan fizikal.. sama je, mengajar manusia supaya menjadi tabah dan menghargai setiap kesusahan, kepayahan, keletihan dan menghargai setiap kali perasaan sedih dan kecewa yang melanda, setiap titisan air mata yang mengalir di pipi ketika mengenang arus kehidupan yang dipenuhi dengan ranjau yang berduri....=)


.Allahuakbar.....Allahuakbar......................lamunan makcik melor tersentak dengan laungan azan maghrib.. barulah mak cik melor menyedari hikmat di sebalik kejadian yang menimpa dirinya itu.. pg td, ak telah jatuh dr basikal,..ak telah kehilangan hampir sume kueh-kuehku.. x dpt berniaga di pasar..

........kalaulah aku bersyukur dan redha dengan segala ketentuan Tuhan td, mungkin ak tidak akan kehilangan kawan2 baikku itu.. ..tuhan menguji ak, tetapi ak tidak dapat terima kenyataan dan tidak bersyukur....

Untuk menjadikan ak kembali bersyukur, Tuhan telah mengambil nyawa kedua2 owg kawanku.. Timah dan Eton telah kembali kpd ilahi lebih awal dr pdku........

Sesungguhnya, Tuhan amat menyayangi timah dan eton dan juga menyayangi diriku,, ......Subhanallah.. . Ar-Rahim ingin semua hambanya menjadi seseorang yang bersyukur dalam setiap benda yang dilakukan termasuklah ak, insan si penjual kueh yang bernama Mak Cik Melor....

emm. begitulah kesudahan cerite 3 owg mak cik 2... x tau la ad kesinambungan ke x, dan x tau la best ke x.. haha.. tp cm bese,, bce je la.. keh3


akhir kata drpd ak,.. setiap ujian Allah ad hikmatnya, bersangka baeklah dengan setiap ujian Allah.. wslm=)
hepi holiday..yahoo!

Sunday, April 18, 2010

.............cerita..... (part 3)

mak cik melor menarik basikal perlahan2.. mengangkat bakul kuih yang di dalamnya masih terdapat beberapa biji kuih yang tinggal..
' rugi ak ari nie '......ckp mak cik melor kpd dirinya sendiri sambil mengesat linangan air mata....
kemudian dalam diselubungi perasaan sedih, dye memulakan kayuhan untuk pulang kerumah...
jauh di sudut hati makcik melor, terdetik..." apakah dosa ak sehinggakan ak tidak dapat ke pasar pd ari ini... "
"apakah perkara yg telah ak lakukan pd smlm dan pagi td...."

Mak cik melor mula mempersoalkan kenapa dye ditimpa musibah pada pg itu, .dan mengapa mesti insan si penjual kuih yang bernama mak cik melor yang ditimpa musibah itu.. bukan insan lain..
padahal dalam kg itu, makcik melor agak terkenal dengan sifatnya yang warak dan selalu ke masjid untuk mengimarahkannya..
dan dalam kalangan kawan2 mak cik melor, dye lah yang paling arif tentang isu agama.. seringkali juga dijadikan rujukan oleh kawan2 nye...
pendek kata, boley dikatakan mak cik melor sebagai seorang hamba yang soleh
selalu berpuasa sunat..
bersedekah..
bngun malam untuk beribadat..
begitulah gambaran kehidupan makcik melor..

sepanjang pg itu..., beberapa kali terdetik dalam hatinya... " ak telah pon beribadat dengan bersungguh2, meninggalkan larangan agama , berusaha ke arah kebaikan dan sentiasa mencari peluang untuk menuju kesempurnaan...." tetapi mengapa ak ditimpa musibah padahal kawan2 ku dapat berniaga di pasar, ak pula dibelasah perasaan sedih dan kecewa..
......mengapa. mengapa dan mengapa ....

kicauan unggas menemani pagi yang berlalu dan dirasakn begitu panjang oleh mak cik melor..
biasanya, mereka akan pulang dari berniaga di pasar pada waktu petang... untuk pulang ke rumah masing2, mereka mesti melalui jalan yg berdekatan dengan rumah mak cik melor...
sebagai kawan, mereka akan singgah di rumah mak cik melor untuk bersembang2 tentang perniagaan pada hari tersebut..
Mak cik melor juga mengjangkakan bahawa, petang itu mesti kawan2nye bertandang ke rumah...
tetapi...
tak seperti yang dijangka, sudah pukul 5 petang pon, kelibat kawan2 nye masih belom kelihatan...
mengapa ye.. tertanya2 dalam hati mak cik melor..

beberapa ketika kemudian, datang seorang kenalan mak cik timah dengan air muka yang agak kurang biasa dipaparkan pada wajahnya..
"melor, ko tau x ape yang berlaku di pasar pg td?..." katanya dengan tidak semena2..
" melor, td pasar terbakar.. terbakar ko tau x !!..."
terkedu mak cik melor mendengar kenyataan kenalannya itu.
dengan spontan.."timah ? eton.?"
mak cik melor bertanyakan tentang kawan2 baiknya itu...
" melor, 5 orang yang tidak berjaya diselamatkan.. termasuklah eton dan timah" .. persoalan mak cik dijawab
sekali lg, perasaan hiba melanda hati mak cik timah... air mata makcik melor sekali lagi membasahi pipi...
... pg td ak kehilangan kuih2..,
..........dan sebelah petang pula kawan2ku telah pergi meninggalkan ak untuk selamanya...

( x siap ag nie, tinggal 1 part lg.. t ak sambung)

Thursday, April 1, 2010

............cerita............ (part 2)

pd suatu awal pg, ketika owg kg masih lg lena dibuai bayangan seribu bintang.. mereka bertiga, makcik timah, mak cik melor dan mak cik eton... telah bngun menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..
" Alhamdulillah, tuhan masih lg memanjangkan umur ak, masih lg memberi peluang kpd ak untuk memakmurkan bumi ciptaanmu ini... syukur..."
emmm.... selepas tahajud dan solat subuh.. masing2 menyiapkan diri untuk ke pasar...
kueh dimasukkan kedalam bakul dan dimasukkan ke dalam raga basikal..
sebagai rutin harian., rumah dikemaskan ..
dan masing memulakan perjalanan dengan doa dan tawakkal di dlm hati..

mk cik timah mangayuh basikal tua peninggalan arwah suaminya kepasar dan membuka gerai seperti biasa.. pd pg itu, mk cik timah merupakan orng yg paling awal smpai kt pasar 2.. beberapa minit kemudian, mak cik eton menyusul...
mudh- mudahan murah rezeki mereka pd pg 2...

berbalik kepada makcik melor, nasib mak cik melor agk kurang baik pd pg itu...
kreeekkkk3, sedang dye mengayuh basikalnye perlahan2 ke pasar, secara tidak sengaja dye telah terlanggar lubang di bahu jln..
mak cik Melor cube mngawal basikalnya tetapi telah tersurat, mac cik melor jatuh dr basikalnya...
mac cik melor,. hanya mengalami sedikit luka di tangan...
basikalnya tersabai di bahu jalan,. hanya rim yang bengkok..
alhamdulillah..
tetapi sayang....kueh2nya habes bertaburan di atas jalan..

mk cik melor berasa sngt sedih.. pd hari itu, dye tidak dapat berniaga d pasar.. tidak mandapat keuntungan mcm kawan2nye.. dan yng paling menyedihkan, melihat kueh2nye digilis kereta yg lalu lalang..vvrroom3... kereta2 yg laju seolah2 tiada perasaan, memecut laju seolah2 tidak dapat merasai kesedihan mak cik melor... linangan air mata mk cik melor mengalir di pipi.....